​(Versi Ke-2) Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

Sharing is caring!

Soalan Lazim Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

MAKLUMAN KEPADA PEMANDU E-HAILING

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020: INSENTIF RM500 KEPADA PEMANDU E-HALING

Frequently Asked Questions (FAQs) - Soalan Lazim (SAMBUNGAN)

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN INSENTIF INI ?

Pemandu E-Hailing Sepenuh Masa layak menerima Insentif. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
  • Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurangnya-kurangnya RM1200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Novermber 2019, Disember 2019 atau Januari 2020
  • Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020.
2. BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON INSENTIF INI?

Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada E-hailing Operators (EHO). Pembayaran kepda pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO masing-masing.

3. BILAKAH PEMANDU E-HAILING AKAN MENERIMA INSENTIF INI?

Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020. Pemandu E-Hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntu bantuan dengan EHO masing-masing.

4. APAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN PRIHATIN UNTUK MENYEMAK NAMA SAYA SEBAGAI PENERIMA RM600 UNTUK PEMANDU TEKSI

Bantuan RM500 kepada pemandu E-Hailing tidak disenaraikan di dalam website Bantuan Prihatin.

5. SAYA BERDAFTAR DAN MEMANDU UNTUK DUA SYARIKAT E-HAILING. ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT DUA KALI BAYARAN INSENTIF?

Setiap pemandu layak mendapat satu(1) kali bayaran insentif sahaja.

6. SEKIRANYA SAYA PEMANDU TEKSI DAN JUGA E-HAILING, ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA INSENTIF BAGI KEDUA-DUA KATEGORI?

Pemandu teksi yang menerima Bantuan Insentif RM600 tidak layak menerima bantuan insentif RM500 untuk pemandu E-Hailing.

7. SAYA PEMANDU E-HAILING SECARA PART TIME DAN PEMANDU TEKSI JUGA PART TIME. ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK KEDUA-DUA BANTUAN INI?

Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi sahaja.

8. SAYA MERUPAKAN PEMANDU E-HAILING SEPENUH MASA TETAPI PENDAPATAN SAYA TIDAK MENCECAH RM1200 SEBULAN SEDANGKAN SYARAT PENDAPATAN PERLU RM1200. APAKAH LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL

Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020

9. APAKAH SAYA TIDAK LAYAK KERANA PENDAPATAN TIDAK CECAH RM1200 ? INI KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DISEBABKAN PKP.

Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa telah ditentukan dengan mengambil kira tempoh masa pemandu beroperasi sebelum bermula tarikh PKP.

10. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI?

Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional

11. SAYA TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN EHO DAN MEREKA MENYATAKAN SAYA TIDAK LAYAK KERANAN BUKAN PEMANDU TETAP/SEPENUH MASA SEDANGKAN SAYA MEMBAWA E-HAILING SECARA SEPENUH MASA. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA AMBIL?

Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status dengan EHO dan mengemukakan rayuan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020. Senarai nama yang layak adalah berdasarkan senarai nama yang dikemukakan oleh EHO masing-masing sebelum disahkan layak oleh APAD.

12. SEKIRANYA PEMANDU HENDAK MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN, KEPADA SIAPAKAH HARUS DIHUBUNGI?

Platform semakan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat. Anda juga hendaklah memaklumkan kepada EHO untuk menyenaraikan nama anda kepada APAD untuk tujuan pengesahan sekiranya anda telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di soalan 1.

13. SAYA PEMANDU PART-TIME E-HAILING. ADAKAH SAYA LAYAK ? JIKA TIDAK. MENGAPA?

Tidak layak kerana bantuan ini khusus kepada pemandu E-Hailing sepenuh masa sahaja. Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi yang akan dibangunkan oleh APAD kelak bermula Mei 2020.

14. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN? DIMANA PERLU SAYA SALURKAN RAYUAN INI ?

Platform rayuan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam laman sesawang APAD di [email protected] bermula mei 2020.

15. AKAUN E-HAILING SAYA DIGANTUNG OLEH EHO. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON?

Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun anda dengan EHO segera bagi mengelakkan nama anda tercicir dari senarai penerima yang layak.

Sumber: Facebook – motmalaysia | 10 April 2020

22 thoughts on “​(Versi Ke-2) Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing”

  1. Macam gampang, nak pilih2 pulak? . Ingat yang part time ni tak bayar insurans ehailing, medical, renew psv, check puspakom, bayar caruman perkeso bagai? Bayar tu semua dah lebih kos rm500? EHO makan percent bersih je.

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Untuk maklumat tambahan, sila layari artikel berkaitan pembayaran di https://grab-driver.com.my/bayaran-insentif-pemandu-e-hailing-pada-20-april/. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Untuk maklumat tambahan, sila layari artikel versi-kedua (Sambungan) di https://grab-driver.com.my/versi-kedua-insentif-rm500-kepada-pemandu-e-hailing/ dan juga artikel berkitan pembayaran di https://grab-driver.com.my/bayaran-insentif-pemandu-e-hailing-pada-20-april/. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000

  2. Kenapa perlu dikeluarkan berbagai syarat seperti ini.mana-mana pemandu pun cukup layak untuk dapatkan bantuan.semua syarat untuk menjadi seorang pemandu telah dibuat.akan tetapi apabila hendak diberi bantuan,pihak apad mengeluarkan syarat pula.dimana keadilan kepada pemandu sekiranya diberi syarat sebegini.apa gunanya jika semua pemandu mengambil psv dan sebagainya,jika akhirnya tidak pula layak menerima bantuan.adakah adil kepada kami sebagai pemandu ehailing.

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di alian 03-8230 3000

  3. Baharom bin Sabri

    nak bagi bagilah semua…
    tak semua pemandu sepenuh masa dapat 1200 sebulan adakalanya pemandu cuti sakit atau mengerjakan umrah…
    tengoklah rekod ² yang dahulu…

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000

  4. Hapizam Bin Mohd Eusak

    Saya juga mempunyai psv & evp mengapa tidak layak,
    saya juga mempunyai tanggungan

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000

  5. I just start drive on Feb 2010 full time than how?
    Between 1 month I already upgrade to platinum members. Is not fair if based on the month have mentioned. Please help what should I do. Thanks

    1. Hi & Hello, welcome to the official blog from Alpha Grab. Thanks for taking the time to read our blog. For additional information, please visit the article as well as the article on payments at https://grab-driver.com.my/payment-inspiration-e-hailing-to-20-april/. Hope this answers your question. We also apologize for the inconvenience. We only pass on the information and only focus on new registrations. For further questions please contact HQ Grab at 03-8230 3000

  6. Amirul Fakhriy Bin Yusery

    Saya nak dapatkan statement saya untuk bulan December 2019, January 2020 dan February 2020

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000.

  7. Sarmani B Salamon

    Saya mendaftar mengunakan nama saya dan AVP atas nama saya. Sedangkan AVP sepatutnya atas name owner kenderaan. Ni adalah perdaftaraan awal dam msih digunakan sehingga tamat tempoh pemereksaan kenderaan.
    Adakah saya layak menerima bantuan

  8. Morning,

    If I just start on Feb 2020 as a full time grab driver..
    Based on my February record between 1 month already upgrade to platinum grab member.
    Please advise what need to do?
    Thanks.

  9. Kalau aku dapat rm500, tapi aku tanak boleh tak grab pulangkan duit pada kerajaan?

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Alangkah baiknya Encik simpan wang itu untuk kegunaan sendiri di waktu sebegini. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000.

  10. sepatutnya semua driver dapat…sebab nk jdi driver grab ni macam2 kn bt kn hadir kelas psv…puspakom lagi…klu nk dibandingkan dengan harga bantuan rm 500 tu…baik bg…untuk menghargai pgorbanan driver..tq

    1. Selamat Pagi , Terima Kasih kerana mengunjungi laman web grab-driver.com.my . Kami dari pihak media Grab memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami akan sedaya upaya membantu para pemandu. Teruskan mengikuti laman web ini untuk sebarang makluman daripada Grab HQ.

      Youtube : Media Grab Driver
      Twitter : @GrabAlpha
      Facebook : GRAB Online registration

Comments are closed.