Bayaran insentif pemandu e-hailing pada 20 April

Sharing is caring!

Kerajaan akan mula membayar insentif RM500 kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 20 April ini. Daftar sebagai pemandu di https://grab-malaysia.com.my/

Bayaran insentif RM500 pemandu e-hailing pada 20 April ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mula membayar insentif RM500 kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 20 April ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

“Lebih 40 syarikat operasi e-hailing telah memberi maklum balas dan membantu Kementerian mengenalpasti pemandu e-hailing yang layak.

“Sukacita saya mengumumkan bahawa bayaran akan dibuat pada 20 April kepada lebih 90,000 pemandu e-hailing sepenuh masa.

“Kerajaan telah menurunkan minima gaji pemandu sepenuh masa dari RM2,000 sebulan ke RM1,200 untuk memastikan lebih ramai pemandu menerima bantuan ini, terutamanya pemandu di luar bandar,” katanya dalam satu ucapan khas hari ini.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata insentif bayaran secara one-off  bernilai RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong dan juga pengayuh beca sedang dilaksanakan.

“Bagi pemandu teksi, lebih kurang 25,000 atau 86 peratus telah menerima bayaran insentif tersebut manakala pemandu pelancong, seramai 7,500 atau 63 peratus telah menerima bayaran insentif tersebut. Bagi pengayuh beca, kesemua pembayaran sudah dilakukan,” ujarnya lagi.

CC to Najib Aroff – Astro Awani – 14 April 2020

2 thoughts on “Bayaran insentif pemandu e-hailing pada 20 April”

  1. Kenape perlu memilih..bagi saja yang layak part time/ full time..kerana dari segi lesen,penyelenggaraan kereta dan sebagai nye yang part time pun kena buat jugak..ini tidak adil bagi mereka..sebab yg part time pun ada masalah jugak..renung2 dan fikir2 kan la..

    1. Hi & Salam sejahtera, selamat datang ke blog rasmi dari Alpha Grab. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog kami. Semoga ia dapat menjawab persoalan anda. Kami juga mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami cuma menyalurkan maklumat dan hanya mengfokuskan pendaftaran baharu. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HQ Grab di talian 03-8230 3000.

Comments are closed.