Pemandu Grab tunggu gadis selesaikan solat jamak tepi jalan

Sharing is caring!

Salah satu kisah yang menjadi viral minggu ini apabila @AinulNunanaa dan kakaknya nak cari surau untuk solat.

Tapi area Sri Petaling merupakan kawasan majoriti Chinese. Maka agak susah nak jumpa surau.

Mereka mungkin dalam perjalanan, itu membolehkan mereka untuk solat jamak dan qasar.

So bila dah tak dapat jumpa surau, kakaknya decide untuk solat sahaja di tanah rumput di tepi jalan.

Di sinilah kami ucapkan syabas kepda pemandu Grab, Chin Chee Kin yang sanggup menunggu penumpang mereka untuk solat.

Walaupun tambang tak berapa mahal, hanya RM6 sahaja tapi atas dasar hormat menghormati inilah yang menjadikan warga Malaysia mampu hidup dalam harmoni.

Lokasi masjid & surau sekitar Sri Petaling

Mengikut dalam peta ni, ada masjid tabligh, Surau Al-Hidayah, Surau Jamal Al-Surur, Surau Fathul Islam serta Surau Sri Petaling.

Selain dari itu, anda juga sebenarnya boleh juga solat di stesen minyak seperti Petronas dan Shell.


Berminat ingin jana pendapatan sebagai pemandu Grab? Jom sertai kami