Cara Pendaftaran Pemandu Grab & PSV Secara Online 2019

Mulai Oktober 2019, kerajaan telah mewajibkan semua pemandu Grab untuk memiliki lesen E-hailing PSV yang sah. Klik butang di bawah untuk pelajari panduan lengkap daftar pemandu berserta PSV yang terkini

Cara-Cara Pendaftaran Pemandu Grab (Sah Sehingga September 2019)

Sediakan

  1. IC  (depan , ambil dengan kamera pintar)
  2. Lesen
  3. Insurance Cover Note yang mengandungi nama pemandu  ( Cuba scan atau hantar pdf) , Geran dan Roadtax untuk kereta baru
  4. Gambar portrait sendiri

Borang pendataran Online

Kami boleh menbantu kamu untuk mendaftar jika ada masalah, sila Whatsapp sahaja kepada nombor ini

Kelebihan Grab adalah kadar tambang yang dikenakan adalah tetap (tidak termasuk tol atau lebih drop point). Grab juga mempunyai beberapa pilihan jenis kategori kereta dan Grabcar adalah pilihan yang paling murah. Rata – rata pengguna lebih memilih untuk menaiki Grab apabila jalan sesak kerana tambang tidak berubah walaupun perjalanan lebih lama.

Tutorial Pemanduan Grab

Cara mudah untuk Memandu Grab.

Kelebihan memandu Grab

Flexible

Pemanduan dibuat mengikut selera dan waktu masing masing. Part time ataupun full time. Online lebih jika nak buat duit banyak

Kelayakan longgar

Corak Permainan Pemandu Grab

Pemanduan Grab boleh dibuat style pemandu sendiri. Pemandu boleh memandu dengan permainan Flexi ataupun HG mengikut jadual. Pemanduan Flexi lebih kepada high fare/flexi insentif dan pemanduan HG adalah kepada jadual yang tertera.

Insentif HG (Hourly Guarantee)

Selain itu, pelan insentif yang ditawarkan oleh Grab pula memang menguntungkan kepada Pemandu Grab. Insentif yang diberikan hanya tertumpu kepada kawasan – kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari pelanggan. Insentif tersebut juga bergantung kepada tempoh masa pemandu tersebut berada dalam talian aplikasi tersebut dan sedang menerima tempahan pelanggan.

Syarikat Grab memberikan pemandu ganjaran RM1.50 untuk semua tempahan yang dipenuhi, selain penalti RM1.00 bagi setiap pelanggan yang ditolak atau dibatalkan. Setiap hari pemandu yang menolak atau membatalkan tempahan diberi peluang 3 kali sebelum penalti dikenakan. Sebaliknya, ganjaran diberikan bagi setiap permintaan yang berjaya dipenuhi. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat Grab menjanjikan keuntungan hanya kepada pemandu yang serius untuk menjadi Pemandu Grab.

Insentif Flexi

Insentif flexi diberikan kepada mereka yang tidak opt in untuk insentif HG. Kebiasaan, Grab akan memberi cash back 10% atau 20% berdasarkan trips yang dapat dicomplete dalam satu hari yang tertentu.

Bukan semua orang layak menjadi pemandu Grab, mereka perlu memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pihak syarikat untuk memastikan keselamatan penumpang dan juga diri mereka. 

Apabila mendaftar sebagai pemandu, anda telah bersetuju mematuhi kod etika dan garis panduan perkhidmatan.

Jika berlaku sebarang pelanggaran garis panduan tersebut, pihak syarikat bertanggungjawab untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Jika syarikat mendapati beberapa perkara yang mencurigakan dalam kesahihan tempahan anda, syarikat akan menamatkan Perjanjian anda dengan serta merta.

Jika anda mempunyai penjelasan yang sah anda boleh membuat rayuan untuk diambil semula dalam sebagai Pemandu Grab.

Syarat Syarat Pemandu Grab

Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi Pemandu Grab secara sepenuh masa atau separuh masa. Pendaftaran Grab adalah percuma. Sebelum mendaftar menjadi Pemandu Grab, syarat – syarat tersebut mestilah dipenuhi, iaitu:

  • Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan
  • Mempunyai lesen memandu penuh yang sah (tidak layak untuk pemegang lesen P )
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.  50 keatas perlu pemeriksaan kesihatan 
  • Menggunakan kereta tahun 2009 ke atas sahaja
  • Nama pemandu ada dalam insuran kereta tersebut. 
  • Tidak mempunyai jenayah dan rekod saman lampau

Setelah itu, beberapa dokumen penting perlu disediakan dan boleh mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit. Gambar tersebut mestilah jelas

  • Gambar muka paras dada – jangan memakai cermin mata dan sebagainya. Memegang Kad Pengenalan di bahu 
  • Kad Pengenalan (depan)
  • Lesen memandu (depan)
  • Nota perlindungan insurans kereta (pastikan ada nama anda, nombor perlindungan insurans, tarikh tamat, no kereta, model kereta, tahun pengeluaran)
  • Endorsement ( jika tambah nama dalam insurans)

Apa itu Grab ? 

Seperti mana aplikasi Uber, Grab juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat

Di Malaysia, Grab telah diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2015. 

Grab adalah pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pengangkutan yang tinggi di kawasan trafik tinggi pada waktu puncak dan bagi mereka yang mahu berjimat cermat

Setakat ini Grab berada di banyak bandar sejak diperkenalkan di Malaysia.

Setelah dokumen – dokumen seperti yang dinyatakan di atas telah disediakan, anda boleh meneruskan pendaftaran secara dalam talian.

Langkah pertama untuk mendaftar sebagai Pemandu Grab ialah mengisi maklumat diri di laman web Grab. Anda perlu menggunakan emel yang didaftarkan di gmail sahaja.

Bagi pengguna android sila gunakan emel yang sama dengan Google Playstore.

Pengguna IOS gunakan emel gmail sahaja. Pastikan emel tersebut aktif dan anda mengingati katakunci emel berkenaan.

Kemudian, pilih lokasi di mana anda hendak memandu.

Setelah siap mengisi maklumat diri, anda hendaklah menyemak emel kerana Grab akan memberitahu anda langkah seterusnya dalam proses daftar pemandu ini.

Pastikan anda boleh log masuk ke emel anda.

Langkah seterusnya adalah anda juga perlu memasukkan maklumat mengenai kereta dan akaun bank anda.

Seterusnya di bahagian deklarasi, anda perlulah menjawab kesemua soalan yang diberikan.

Setelah selesai, anda perlu memuatnaik semua dokumen yang diperlukan.

Anda perlu memastikan kesemua gambar yang dimuatnaik adalah jelas.

Kemudian, anda perlu menjawa kuiz dan soalan, Di sini, anda boleh mencuba beberapa kali sehingga mendapatkan jawapan yang betul. 

Setelah itu, anda boleh memuat turun aplikasi Grab Driver di Google Play secara percuma.

Kemudian, sahkan dokumen dan maklumat anda. Dalam masa satu hari anda sudah boleh menggunakan aplikasi Grab driver untuk mula mengambil penumpang.

Kategori Kereta Grab

Seterusnya, anda boleh memilih untuk memandu jenis kategori atau kenderaan mana yang sesuai.

Tidak semua kereta layak untuk didaftarkan sebagai kereta Grab kerana Grab juga menjaga mutu perkhidmatannya.

Terdapat kereta jenis ekonomi, kereta yang mempunyai 6 tempat duduk dan premium.

Bagi kategori premium, syarat – syarat khusus mestilah dipatuhi.

Anda boleh menyemak senarai model kereta yang layak untuk setiap kategori yang dinyatakan di laman web Grab.

Teknik Penjanaan Pendapatan Grab

Terdapat dua teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan apabila menjadi Pemandu Grab, iaitu pemandu insentif dan pemandu tambang.

Pemandu insentif merupakan pemandu yang mesti mengikuti jadual yang dikeluarkan oleh grab setiap minggu supaya dapat memaksimumkan pendapatan melalui pemberian insentif dari grab.

Selain itu, pemandu yang menggunakan teknik ini dapat mengumpul duit daripada tambang yang dibayar oleh penumpang.

Manakala pemandu tambang hanya mengharapkan pendapatan Grab dari tambang sahaja.

Pemandu jenis ini tidak mampu untuk mengikuti jadual perjalanan untuk mendapatkan insentif. Mereka akan hanya mengambil trip yang berharga tinggi sahaja supaya dapat mengumpul wang yang banyak setiap hari.

Bagi pemandu ini, Acceptance Rate perlu sentiasa dipantau dengan anggaran kadar 30% minimum setiap hujung minggu supaya akaun pemandu masih boleh digunakan.

Sebagai contoh, 10 permintaan yang diterima, sebanyak 7 permintaan sahaja boleh ditolak.

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu Pemandu Grab merancang strategi untuk menjana pendapatan yang lumayan, antaranya ialah Pemandu Grab disarankan mengambil penumpang di pusat membeli belah, stesen LRT, KLIA, KLIA2, pasaraya atau pejabat.

Selain itu, Pemandu Grab disarankan tidak banyak menolak permintaan tanpa alasan yang kukuh.

Jika tak mahu ambil, jangan berada dalam talian. Pastikan juga Pemandu Grab menggunakan telefon pintar yang menerima signal GPS yang kuat.

Pemandu Grab boleh menyemak senarai telefon yang sesuai digunakan di laman web.

Pastikan juga menggunakan holder untuk telefon supaya pemanduan nam pak mudah dan profesional. Manakala capaian internet yang bagus adalah sangat membantu melancarkan lagi kerja sebagai Pemandu Grab yang hebat.


Perkhidmatan Grab yang dimulakan oleh Anthony Tan sejak tahun 2012 telah mula berkembang ke serata dunia.

Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan Grab tersebut malah ianya telah menjadi salah satu kemudahan pengangkutan yang menjadi pilihan ramai.

Perkhidmatan Grab ini menawarkan harga tambang yang lebih murah berbanding pengangkutan awam yang lain. Malah, kenderaan yang digunakan juga sangat selesa serta memuaskan hati para pelanggan.  

Pemandu Grab boleh memuat turun aplikasi yang direka untuk menerima tempahan pelanggan serta dapat membantu mereka merancang setiap perjalanan dengan lebih mudah serta efisien.

Semasa pelancaran awal, sebanyak 11,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini dan digunakan oleh jutaan pelanggan.

Boleh dikatakan hampir 7 tempahan telah dibuat pada setiap saat kerana perkhidmatannya yang sangat cepat serta efisien membuatkan para pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.  

Kehadiran perkhidmatan Grab ini juga secara tidak langsung telah membolehkan rakyat Malaysia menjana pendapatan sampingan dengan memberikan kemudahan tersebut kepada para pelanggan.

Individu yang berminat menjadi pemandu Grab boleh mendaftar sebagai salah seorang pemandu dengan hanya mendaftar melalui App yang telah dibangunkan dan tidak perlu hadik ke ibu pejabat Grab untuk mendaftar.  

Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab dengan mudah tanpa perlu hadir ke ibupejabat.

Pendaftaran sebagai pemandu Grab boleh dibuat dengan haya mendaftar melalui App dan WhatsApp sahaja. Pendaftaran Grab adalah percuma dan setiap akaun yang berjaya didaftarkan akan diaktifkan dalam masa 24 jam jika dokumen yang lengkap.  

SYARAT UMUM PENDAFTARAN GRAB

Sebelum membuat pendaftaran Grab, syarat – syarat berikut perlu dipatuhi:

Merupakan warganegara Malaysia Mempunyai lesen memandu penuh

Pastikan nama anda tercatit dalam insurans kereta tersebut

Sertakan gambar muka sehingga paras dada tanpa kaca mata

Salinan kad pengenalan (bahagian depan dan belakang) Salinan lesen memandu (bahagian depan) Salinan cover note insurans kereta Tidak mempunyai akaun Grab sebelum ini  

Setelah 5 dokumen di atas disediakan, anda boleh teruskan dengan pendaftaran driver Grabcar secara online di Malaysia.

Sila ikuti aturan supaya pendaftaran Grabcar anda berjalan lancar. 

Pastikan juga anda tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum membuat permohonan kerana sekiranya anda mempunyai rekod jenayah, permohonan anda akan gagal.  

Setelah anda selesai mendaftar dan berjaya didaftarkan sebagai pemandu Grab, anda boleh memulakan langkah pertama dengan menerima tempahan pelanggan melalui aplikasi Grab sekiranya anda sudah bersedia untuk bekerja.

Namun, sekiranya anda sedang sibuk dengan urusan lain dan tidak mahu menerima tempahan, anda perlu offline sahaja aplikasi tersebut.

Anda tidak akan terikat dengan pekerjaan ini kerana anda bekerja di waktu dan masa yang anda sendiri tentukan.    

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU GRAB  

Whatsapp Kami Klik Drive With Grab, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Signup

Setelah daftar, anda dikehendaki menjalani latihan secara online tentang penggunaan aplikasi Grabcar Driver serta menjawab soalan kuiz yang diberikan.

Setelah selesai menjalani latihan online, hantar dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu serta cover note insuran yang tertera nama anda ke cawangan Grab Kiosk yang berhampiran.

Klik http://grb.to/gc_verifyloc untuk melihat senarai lokasi Grab Kiosk.

Sekiranya anda berjaya, keputusan tersebut akan diberikan pada waktu yang sama dan pihak Grab akan mengaktifkan aplikasi Grab di telefon bimbit anda.  

KELEBIHAN MEMANDU GRAB

Fleksibel Sebagai salah seorang pemandu Grab, anda berhak menentukan masa bekerja anda.

2. Sekiranya anda meluangkan masa yang lebih menerima tempahan serta memandu, jumlah pendapatan yang diperolehi adalah lebih banyak.  

Kelayakan Mudah Pemandu Grab tidak memerlukan lesen PSV sebelum memulakan pekerjaan.

Setiap pemandu hanya perlu ada lesen memandu penuh serta mempunyai kereta berusia 10 tahun ke bawah.

Sekiranya memiliki kenderaan berusia lebih 10 tahun, kenderaan tersebut perlu melalui proses pemeriksaan yang dikendalikan oleh pihak Grabcar. Kenderaan jenis MPV boleh didaftarkan.

Syarat kelayakan kenderaan adalah sama seperti kenderaan lain. Sekiranya berjaya didaftarkan, kenderaan tersebut akan dikategorikan sebagai Grabcar 6 Seater.  

Terkini, Grab turut melancarkan GrabBike di sekitar bandar Ho Chi Minh City, Hanoi, Vietnam, Bangkok, Thailand dan Jakarta kerana permintaan yang tinggi. Grab turut menawarkan perkhidmatan insurans perlindungan untuk para pemboncengnya.