DAFTAR PEMANDU GRAB

Panduan Peraturan E-hailing

Sharing is caring!

Kini sudah hampir sebulan sejak Kementerian Pegangkutan mengumumkan bahawa semua rakan-pemandu e-hailing dibenarkan untuk terus memandu sehingga 12 Oktober 2019.

Kami mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua rakan-pemandu kami yang telah bertungkus-lumus menyelesaikan syarat-syarat untuk peraturan baru walaupun dalam masa yang singkat. Kami amat memahami pelbagai kesukaran yang dihadapi rakan-pemandu dan berharap agar usaha kami melalui Pakej Pikul Bersama telah sedikit sebanyak meringankan bebanan peraturan baru ini.

Di sini kami ingin berkongsi EMPAT pengemaskinian penting untuk rakan-pemandu yang masih di dalam proses untuk melengkapkan syarat-syarat peraturan.

  1. JPJ telah meluluskan tempoh lanjutan untuk latihan PSV online PERCUMA (ePSV) sehingga 12 Oktober 2019
  2. Bermula 13 Ogos 2019, rakan-pemandu Grab boleh menduduki ujian di institut memandu terpilih di seluruh negara selepas melengkapkan ePSV. Nantikan perkembangan akan datang dari kami berkaitan institut memandu terpilih.
  3. Dapatkan sehingga RM180 kredit PERCUMA apabila anda menghantar lesen PSV, maklumat kenderaan untuk EVP, dan maklumat insurans e-hailing tahunan (jika ada) sebelum tarikh tutup. Kami juga telah melanjutkan tarikh tutup berikut. Tekan sini untuk maklumat lanjut.
  4. Semua akaun rakan-pemandu tanpa lesen PSV dan EVP akan dinyahaktifkan pada 11 Oktober 2019.

Proses ini akan mengambil masa kira-kira 3-4 minggu selepas anda melengkapkan ePSVjadi mula sekarang untuk mendapatkan lesen PSV anda segera!

Kami yakin ada di antara anda yang tidak pasti bagaimana untuk meneruskan proses ini. Jangan risau, kami telah menyediakan panduan berikut untuk anda.


Lesen PSV

Untuk mendapatkan lesen PSV, anda perlu:

Tekan sini untuk maklumat lanjut mengenai ePSV. 

*PERINGATAN: 

  1. Jika anda memilih untuk menjalani ePSV bersama Grab, anda tidak boleh menjalani latihan di Institut Memandu.
  2. Jika anda memilih untuk menjalani ePSV bersama Grab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian di Institut memandu yang dipilih untuk anda.
  3. Jika anda telah menghantar gambar lesen PSV anda sebelum 12 Julai 2019 tetapi status PSV anda masih “Tiada” selepas 12pm 29 Julai 2019, sila muat naik semula gambar lesen PSV anda sebelum 26 Ogos di grb.to/pakejpikul untuk menerima kredit percuma sebanyak RM180

Muat naik resit pemeriksaan kesihatan anda di sini sebelum 12 Oktober 2019 dan kami akan bayar balik kos tersebut! Tekan sini untuk senarai klinik panel Grab.

PERINGATAN: Jika anda telah mendaftar untuk ePSV, anda mesti menduduki ujian PSV di Institut Memandu terpilih yang akan dipilih untuk anda.


Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)

Sudahkan anda menduduki ujian? Jika belum, jangan risau. Sambil menunggu proses ujian PSV, anda boleh memohon Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) terlebih dahulu. Hantar maklumat kenderaan anda ke sini sebelum 12 Oktober 2019 dan kami akan bantu anda untuk pendaftaran EVP bersama subsidi RM110. Mudah sahaja!

Setelah permohonan anda diluluskan, anda bakal boleh memeriksa nombor EVP anda di aplikasi pemandu pada bahagian profil pemandu.

Tonton video dan ikuti langkah yang ditunjukkan: 


Insurans E-Hailing

Semua rakan-pemandu perlu memiliki insurans tambahan e-hailing; bersama dengan insurans motor biasa. Kedua-dua insurans perlu didapatkan dari pembekal yang sama.

Anda boleh memilih untuk membeli insurans tambahan e-hailing atau anda boleh opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab. Untuk opt-in, anda perlu memiliki insurans daripada salah satu panel insurans Grab. Jika tidak, anda perlu membeli insurans tambahan e-hailing tahunan dan hantarkan cover note anda ke sini.


Pemeriksaan Kenderaan Puspakom

Pemeriksaan ini diwajibkan untuk kereta berusia lebih dari 3 tahun sahaja. Tekan sini untuk lokasi pusat Puspakom terdekat. Anda boleh datang tanpa temu janji, akan tetapi kami menyarankan anda untuk membuat temu janji online untuk pemeriksaan kenderaan untuk melancarkan proses tersebut. Sila tekan pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut tentang pemeriksaan Puspakom.

Panduan temu janji

Panduan pemeriksaan e-hailing

Piawaian pemeriksaan kenderaan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

shares