Lindungi diri dan keluarga anda dengan PERKESO

Sharing is caring!

Pada tahun lepas, Kementerian Sumber Manusia telah mewajibkan semua pemandu e-hailing untuk mendaftar dan membuat caruman kepada PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) yang juga dikenali sebagai SOCSO. Seperti mana yang anda mungkin telah dengar daripada media pada baru-baru ini, PERKESO bercadang untuk memulakan penguatkuasaan skim ini di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 mulai 1 Ogos 2019. Menurut PERKESO, rakan-pemandu yang gagal mendaftar dan membuat caruman kepada skim ini boleh dikenakan denda antara RM500 hingga RM4,000.

Grab sangat menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan anda semasa berada di jalan raya di mana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk mendaftar dan membuat caruman agar anda dan orang tersayang sentiasa diberikan perlindungan.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim ini telah direka khas untuk manfaat anda dan jumlah caruman akan bermula dari RM13.10 sebulan atau RM157.20 setahun.

Dengan skim ini, anda dan keluarga anda akan mendapatkan pelindungan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan yang akan dibayar sehinggalah anda berupaya untuk memandu semula (sekiranya anda terlibat dalam sebarang kemalangan).

Untuk mendaftar, layari laman web atau kunjungi mana-mana pejabat PERKESO yang berhampiran di bandar anda. Daftar untuk PERKESO sini. Sekiranya anda perlu bantuan untuk mendaftar secara dalam talian, sila tekan sini untuk maklumat lanjut.


Soalan Lazim

Adakah saya perlu membuat caruman kepada PERKESO?

Ini adalah satu syarat yang telah digariskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Semua pemandu e-hailing diwajibkan untuk mendaftar dan membuat caruman kepada PERKESO.

Adakah saya masih perlu untuk mencarum kepada PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri sekiranya saya seorang rakan-pemandu dengan pekerjaan tetap? (di mana gaji saya telah dipotong untuk caruman PERKESO)

Ya, anda perlu berbuat demikian kerana skim untuk pekerja syarikat adalah berbeza dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini diwajibkan ke atas pemandu teksi, kenderaan e-hailing dan bas yang bekerja sendiri.

Adakah saya perlu mempunyai Lesen PSV untuk mencarum kepada PERKESO melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri?

Tidak, dokumen yang diperlukan untuk mendaftar dengan PERKESO adalah hanya Lesen Memandu dan Screenshot Profil Pemandu di dalam Aplikasi Pemandu Grab.

Adakah akaun pemandu saya akan digantung atau ditamatkan jika saya tidak membuat caruman kepada PERKESO?

Tidak, Grab tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap anda. Walau bagaimanapun, PERKESO sedang menyemak status pemandu e-hailing dan akan mengenakan denda antara RM500 hingga RM4,000 kepada mereka yang gagal mendaftar dan membuat caruman kepada skim ini.