Pastikan Anda Melengkapkan Latihan PSV Supaya Insentif Anda Tidak Ditahan

Sharing is caring!

Untuk berlaku adil kepada rakan-pemandu yang telah meluangkan masa dan wang ringgit untuk melengkapkan proses peraturan, kami akan melaksanakan beberapa pengemaskinian kepada pembayaran insentif. Kami kini akan mewajibkan kesemua rakan-pemandu untuk menunjukkan bukti pematuhan peraturan untuk layak menerima pembayaran insentif tepat pada masanya.

Ramai rakan-pemandu telah bertungkus-lumus untuk mematuhi syarat baru yang telah ditetapkan dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun banyak usaha telah diambil untuk meringankan beban kos dan melancarkan proses, hanya 40% sahaja daripada rakan-pemandu kami telah memulakan proses peraturan.

Atas sebab ini, untuk rakan-pemandu yang BELUM melengkapkan latihan PSV dan TIDAK MEMILIKI insurans e-hailing yang sah sebelum 9 Sept 2019:

1. Mulai 16 Sept 2019, rakan-pemandu akan masih layak untuk menerima insentif akan tetapi pembayaran insentif akan ditahan.

2. Sila hantar salinan lesen PSV SEBELUM 12AM, 11 Okt 2019, untuk menerima pembayaran insentif.*

3. Selepas salinan lesen PSV yang dihantar kepada kami disahkan, kami akan membayar semula insentif yang rakan-pemandu  perolehi dari 16 Sept 2019 sehingga tarikh dokumen disahkan, pada awal minggu seterusnya. Hantar lebih awal untuk mendapatkan kredit percuma (sila rujuk gambar di bawah).

*Insentif yang diperolehi bermula dari 16 Sept 2019 akan dilupuskan sekiranya rakan-pemandu tidak memenuhi syarat-syarat peraturan sebelum 12AM, 11 Okt 2019.

Lengkapkan langkah-langkah berikut hari ini:

1. Lengkapkan latihan PSV 6 jam sama ada melalui GrabAcademy di dalam aplikasi pemandu anda atau dengan mendaftar di institut memandu berdekatan sebelum 9 Sept 2019.

2. Hantar lesen PSV dan butiran EVP lebih awal untuk menikmati kredit memandu percuma (rujuk di atas)

3. Opt-in untuk Insurans Harian Grab atau muat naik cover note insurans e-hailing tahunan anda ke grb.to/ins_ehailing

*Jika anda telah melengkapkan latihan PSV di institut memandu, sila muat naik sama ada gambar lesen PSV anda atau resit latihan di grb.to/pakejpikul selewat-lewatnya pada 9 Sept 2019.

Oleh kerana tarikh penguatkuasaan (12 Okt 2019) semakin hampir, kami menasihatkan agar semua rakan-pemandu memulakan proses untuk mendapatkan lesen PSV dengan segera kerana proses tersebut akan memakan masa 3 – 4 minggu.  


Soalan Lazim

Mengapakah Grab mengambil tindakan ini?
Kami faham bahawa ramai rakan-pemandu yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk melengkapkan kesemua proses peraturan yang diperlukan. Untuk menghargai usaha mereka serta rakan-pemandu lain yang masih lagi sedang menjalani proses peraturan, hanya rakan-pemandu yang telah melengkapkan proses peraturan akan layak untuk menerima pembayaran insentif.

Adakah Grab tidak akan membayar insentif saya?
Tidak, kami hanya akan menahan insentif rakan-pemandu yang belum lagi mulai proses peraturan mereka. Ini bermaksud anda tidak akan dapat melihat jumlah time booster di dalam kad kerja (job card), dan anda tidak akan menerima pembayaran bagi insentif di dalam bahagian insentif aplikasi pemandu anda. Jangan bimbang, selepas anda melengkapkan proses peraturan, kami akan membayar insentif yang ditahan kepada anda.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak melengkapkan latihan PSV selewat-lewatnya pada 9 Sept 2019?
Insentif anda akan ditahan sehinggalah anda menghantar salinan lesen PSV anda. Jangan risau, kami akan membayar insentif anda sebelum ini apabila anda memuat naik lesen PSV anda selewat-lewatnya pada 11 Okt 2019. Bayaran balik akan dilakukan secara mingguan pada hari Selasa, dalam tempoh masa 10-14 hari bekerja setelah anda memuat naik dokumen.

Saya telah mendaftar untuk latihan PSV tetapi kelas tersebut telah dijadualkan selepas 9 Sept 2019. Adakah saya akan menerima insentif saya?
Jangan bimbang, muat naik salinan lesen PSV anda selepas ianya siap dan kami akan top up semua insentif anda dari 16 Sept 2019 sehingga tarikh pengesahan dokumen ke dalam dompet tunai anda.