5 KERETA TERBAIK UNTUK BAWA GRAB

Penulis: Muhammad Hafizuddin Roslan

Tarikh: 7/9/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Saya harap korang yang baca ni semua sihat sentiasa dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah SWT.

Harini saya nak cerita berkenaan kereta yang terbaik untuk digunakan dalam perkhidmatan GrabCar. Sebelum tu, saya nak huraikan dulu apa itu GrabCar. GrabCar ialah produk di bawah aplikasi Grab yang membolehkan penumpang menempah perjalanan dengan pemandu dengan bayaran. Grab memastikan hanya kenderaan dan pemandu yang mempunyai lesen komersial yang sesuai dibenarkan mendaftar sebagai penyedia perkhidmatan GrabCar. Dalam bahasa yang mudah, GrabCar ni macam teksi di mana penumpang menaiki kenderaan tersebut untuk ke destinasi yang telah dimohon atau diberitahu.

KENAPA RAMAI PILIH GRABCAR?

Sejak kebelakangan ini, GrabCar telah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bayangkan, daripada rumah sahaja, korang boleh “book” perkhidmatan GrabCar ni untuk ke destinasi yang diingini. Mudah bukan? Akan tetapi, sebagai pemandu GrabCar, korang mesti terfikir apa jenis kenderaan yang sesuai digunakan untuk perkhidmatan tersebut. Tak perlu serabut, saya ada di sini untuk bantu korang selesaikan permasalahan tu. Berikut adalah senarai 5 kereta yang terbaik untuk digunakan sebagai kenderaan GrabCar:

Source: https://www.wapcar.my/cars/perodua/bezza

1. PERODUA BEZZA

 

Mesti korang pernah dengar kan, asalkan Bezza je, mesti kereta Grab. Tapi mesti ada sebab kan kenapa ramai yang pilih kereta ni sebagai kereta GrabCar. Perodua Bezza ni adalah model yang paling popular antara pemandu-pemandu Grab di Malaysia. Antara sebabnya adalah penjimatan minyak yang ketara (Advanced Eco Mode) dan ia mempunyai ruangan yang besar dan selesa. Kalau tengok harga pun, sangatlah berbaloi. Sedan bawah RM50,000.00, bukan mudah untuk dapat ya.

Price: RM34,490 – RM47,790

Fuel Economy: 22km/L

Boot Space: 508L

Source: https://www.wapcar.my/cars/perodua/axia

2. PERODUA AXIA

Antara model yang TERjimat setakat ini. Dengan adanya (Advanced Eco Mode) di kereta tersebut, ianya menjadi pilihan pemandu GrabCar untuk dijadikan sebagai kenderaan membawa penumpang. Walaupun saiz kereta yang tidak begitu besar, tetapi ianya adalah model yang sesuai terutama sekali dalam perjalanan yang singkat dan juga sekitar bandaraya. Pemanduan di bandar perlukan kenderaan yang jimat minyak, maka Axia adalah pilihan yang tepat. Cumanya, ada satu masalah yang mungkin menjejaskan kredibiliti Axia ni. Ianya adalah saiz yang menyebabkan penumpang yang dari/ke KLIA akan “cancel” trip tersebut.

 

Price: RM22,990 – RM40,390

Fuel Economy: 20km/L

Boot Space: 260L

 

Source: https://www.perodua.com.my/our-models/myvi.html

3. PERODUA MYVI

“The king on the Road” adalah gelaran bagi kenderaan ni. Rasanya bila kita sebut sahaja kereta ni, dalam pemikiran orang Malaysia akan terbayang pelbagai situasi yang menghairankan berlaku melibatkan jenis kereta ni. Myvi telah menjadi kegilaan rakyat Malaysia terutama sekali golongan belia yang inginkan kenderaan yang “stylish” dan juga moden. Myvi ini juga boleh dikategorikan sebagai kereta yang jimat minyak tetapi tidaklah seperti Bezza dan juga Axia. Akan tetapi, dengan kuasa yang ada pada kereta ini, ianya memberikan pemanduan yang baik untuk sesiapa yang ingin membawa GrabCar.

 

Price: RM42,790 – RM54,090

Fuel Economy: 14.7km/L

Boot Space: 277L

 

Source: https://www.wapcar.my/cars/proton/saga

4. PROTON SAGA

Sedan pertama buatan tempatan dari Malaysia. Tak lain tak bukan, Proton Saga yang juga dikenali dahulu sebagai Proton Iswara. Walaupun berada di kelas segmen A bersama-sama Perodua Bezza, akan tetapi Saga mempunyai kuasa yang lebih berbanding model Bezza. Ramai juga yang mengatakan “handling” dan juga “experience” membawa Saga lebih menyeronokkan. Pemanduan yang stabil akan juga memastikan keselesaan penumpang yang menaiki kereta anda. 

 

Price: RM32,800 – RM39,800

Fuel Economy: Standard AT variant, 15km/L

Boot Space: 420L

 

Source: https://www.proton.com/en/find-a-car/persona/exterior

5. PROTON PERSONA

Model Persona ni berada di kelas yang lebih tinggi daripada model-model yang telah disebutkan di atas. Ianya merupakan model segmen B daripada Proton. Persona merupakan kereta yang dikenali dengan keteguhan dan kestabilan dalam pemanduan. Ini kerana berat kereta tersebut lebih berat daripada model di atas. Dari segi keselamatan, Persona merupakan pilihan yang baik untuk dijadikan kereta GrabCar dan akan menjamin keselesaan para penumpang.

 

Price: RM42,743 – RM54,669

Fuel Economy: Standard CVT Variant, 16.4km/L

Boot Space: 510L

 

Konklusinya, kereta keluaran tempatan menjadi pilihan yang terbaik untuk sesiapa di luar sana yang ingin membawa GrabCar. Terkenal dengan penjimatan minyak, Perodua menyediakan tiga jenis kereta yang sesuai untuk dijadikan sebagai kereta GrabCar. Proton juga tidak ketinggalan, dengan adanya Saga dan Persona, kedua-dua model ini juga mampu memberikan pengalaman yang baik kepada pemandu dan juga penumpang. Jadi, sudahkah anda membuat keputusan untuk pilih kereta mana yang anda nak guna?